Wednesday 7 December 2016

Jom Naik Keretapi...Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah lama tidak melonjakkan diri di alam maya... Baru sekarang menemui masa yang sesuai...

Kali ini, saya nak mengajak anda semua naik keretapi...maksud saya..kita melancong dengan menaiki keretapi ataupun kita balik kampung dengan menaiki keretapi...

Sebelum kita menaiki keretapi, kita kena beli tiket keretapi dulu...dan kita kena pastikan kita tidak dikenakan Amaran dan juga Surcaj RM 30.00


Jom Baca
Surcaj boleh dikenakan jika tiket keretapi berada di dalam kategori di atas...




Tiket keretapi yang rosak teruk pun tak boleh guna. Jadi kenalah elak dari terkena hujan atau koyak.

Rindu pula nak naik keretapi kat atas...sekarang ada ets...rajin juga saya naik ets...sebab laju..

Jumpa lagi di siri seterusnya...

10 comments:

  1. Kalo ada kete api balik teganu kan best..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tiba masa lagi tu...nanti dah ada nanti boleh balik selalu..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    Lama benor tak naik keretapi...last pda tahun 1988 dari Seremban ke KL, lama dah tu. Lagipun Kuantan tak ada keretapi, kalu ada kan ke seronok. tapi baru-baru dgr dalam belanjawan ada nak dibina jalan keretapi di Kuantan menghubungkan bandar2 utama negeri lain. Bilanya siapnya entahlah... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...nanti bila dah siap..boleh la kita ronda satu Malaysia naik keretapi...

      Sihat tu memang sihat...selang seli dengan demam juga...doakan agar akak sihat sentiasa...

      Delete
  3. Seronok juga naik keretapi sebab laluannya banyak rentasi kwsn kampung n view indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pn Paridah...saya suka naik keretapi sebab kita boleh fokus kat pemandangan...kalau bawa kereta..tak boleh nak fokus sangat...

      Delete
  4. Saya tak pernah naik ketapi Fiza. Percaya tak. Teringin juga nak mencuba naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naiklah Pn Hainom...ETS pun boleh naik kat Batu Gajah...syok...

      Delete
  5. Saya pun dah lama tak naik keretapi kat Malaysia.
    Kalau merantau di Jepun dulu memang keretapi inilah banyak digunakan untuk mengembara.
    Nanti nak kena rancang pula cuti-cuti naik keretapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pula rancangan kita...cuma saya nak set cari homestay yang dekat dengan stesen keretapi...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...